12.9.08

CS Card Swap

Bahan 1 : Hasil cross stitch

Bahan 2 : Kertas keras untuk dijadikan kad (potong ikut kesesuaian, yang penting boleh memuatkan hasil cross stitch)

Bahan 3 : Brads .. pelbagai brads pilihan mengikut kesukaan .. berbentuk hati, bulan, meja, kerusi, gardening tools pun ada!! boleh didapati di mana2 kedai craft .. (as for me I'm choosing the colourful stars pattern). Brads mempunyai dua kaki yang tajam dihujungnya

Bahan 4 : Sticker .. ini ku gunakan untuk menutup kaki brads di sebelah dalam kad. Ada orang menggunakan normal plain paper .. terpulang .. sticker ni ada 3 designs yang berbeza ..

Design 1

Design 2

Design 3

Bahan 5 : Paperclip ini ku gunakan untuk membuat lubang (kaki brads pilihanku terlalu halus .. )

Cara 1 : Tebuk lubang menggunakan hujung paperclip / pensil tajam pun boleh .. dan masukkan brad melalui fabric cross stitch menembusi kad yang telah siap dipotong / dibentuk

Cara 2 : Buka kaki brads (seperti gambar di atas) dan tekan ke arah kertas / kad (seperti di bawah)
So untuk 1 kad aku guna 4 brads .. rupa bentuk dari sebelah dalam .. hmmpphh

Cara 3 : Aku tepek la sticker ni untuk tutup kaki brad yang dah ternganga .. (masalahnya .. tersembul tak rata la pula .. tak apa .. nanti aku cari jalan penyelesaian - kalau jumpa la ... ) :D

Tadaaaa .. ini lah hasilnya .. (masalah nak pos la pula) ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan