12.9.08

CS for Keychains

ehem .. aku pernah post pasal cs keychain ni around Jun lepas .. 3 bulan dah .. tapi sebab lepas tu aku sibuk buat program .. Sept baru siap!! sepatutnya untuk birthday girls sekitar Jun ..
keychain ni aku beli 6 biji (tengah cari2 lagi sebab aku tengok menarik sangat2) .. cuma tak tahannya bila fabric yang disediakan 18ct (lebih kurang la) .. rabun weihh biji mata aku ..
benang pula macam benang cap kerbau tu je .. jarum jahit biasa ..
Birth signs ni aku dapat dari buku Arsha .. memang saiz ngam2 untuk keychan case .. Dari atas kiri Aquarius & Gemini .. Manakala sebelah bawah Cancer ..

Hasil cs untuk disatukan dengan birth sign .. sebelah atas the dancing queen tu free design .. tak ingat url tp nanti aku update kalau jumpa lagi .. sebelah bawah tu pattern dari buku arsha juga .. Ini padanan yang aku dah buat .. (depan & belakang)


Gambar casing keychains .. pelbagai bentuk .. bunga, pot & tapak kaki (atas) .. gambar di bawah pula keychains selepas diisi hasil cross stitch .. entah bila nak pos .. masalah nak keluar bulan puasa .. tapi ku cuba la Isnin ni .. kena tunggu juga hasil crochet .. memang nak post sekali ..


ps: aku harap sangat penerima berpuas hati .. mohon maaf kalau tidak seberapa ..

2 ulasan: